Thursday, July 7, 2011

Temuduga jawatan Customer Service Officer

Aku dah hampir 5 tahun penuh tak bekerja dengan mana-mana tempat. Kerana aku kerja sendiri. Lagipun aku tak begitu suka kerja dengan orang.

Minggu lepas, aku membuka laman web sebuah bank untuk mencari maklumat untuk membuat pinjaman wang. Aku ternampak ada iklan jawatan kosong. Caranya pun mudah, hanya hantar resume melalui online. Aku pun sengaja try hantar resume.

2 hari lepas waktu pagi, aku dapat call daripada seorang representative bank tersebut. Dia memanggil aku untuk interview. Aku agak terkejut sebab aku hanya try saja hantar resume tu. Aku bukan minat sangat pun. Tapi kalau dapat apa salahnya.

Sepanjang hidup, aku hanya 3 kali pernah interview. Kali pertama interview sebab nak cari kerja part time untuk 2-3 bulan. Aku interview dengan kawan aku. Interview ni just dia explain pasal kerja saja. Tak ada apa-apa yang mencabar pun. Tempat interview tu satu office kecil. Ramai orang datang interview. Kami semua tak tahu apa jawatan yang ada. Kemudian kami kena bayar setiap orang RM180 untuk deposit. Akhirnya kami dapat tahu kami ditipu oleh syarikat tersebut. Oleh kerana dah ada agreement, kami merujuk kepada Tribunal Tuntutan Pengguna. Akhirnya kami berjaya dapat balik duit tersebut.

Kali kedua interview untuk dapatkan biasiswa daripada MOSTI untuk sambung belajar master di U. Ini adalah interview yang sangat mencabar bagi aku. Aku betul-betul gelabah dan tak bersedia. Semasa interview, aku turut dimarah oleh salah seorang daripada 7-8 orang yang ada di hadapan. Tapi yang peliknya aku dapat biasiswa tu. Namun demikian, aku tak jadi sambung belajar, so aku tak ambil lah biasiswa tu. Haha...

Kali ketiga interview untuk jadi pegawai yang buat bancian. Asalnya aku apply untuk jawatan supervisor. Tapi jawatan tu dah penuh. So, diorang bagi aku jawatan tukang banci. Aku pun masuk interview. Time tu pulak aku tak pakai stokin. Alhamdulillah, tak ada masalah pasal tu. Neck tie memang aku tak pakai pun daripada dulu. Aku ni bukan mat smart sangat walaupun nak interview. Akhirnya aku dapat job tu, cuma aku reject sebab tak minat.

Pagi tadi adalah kali ke-4 aku interview. Bukanlah pressure sangat. Sebab aku tak begitu harap dapat job ni. Bukannya tak mahu. Cuma aku tak kesah. Kalau dapat Alhamdulillah. Kalau tak dapat pun, Alhamdulillah. So, aku dinasihatkan oleh pakcik aku yang pernah jadi CEO bank, supaya pakai neck tie dan tak ada masalah kalau nak pakai kepiah katanya. Aku pun pinjam neck tie member. Sebenarnya aku tak ada baju kemeja. Hanya ada 1 yang kadangkala pakai pergi kedai beli barang. So aku pakai baju tu lah. Kasut hitam pun tak ada. So, aku pakai kasut sukan aku yang berwarna hitam. Cuma di tepinya ada gambar harimau berwarna putih. Aku ingat nak kiwikan je. Tapi akhirnya aku biarkan saja.

Sebelum aku pergi interview, aku terlupa aku belum ambil gambar. Aku memang tak ada gambar yang disimpan. So, aku rushing pergi kedai gambar. 3 kawasan aku pusing, semua masih tutup. Akhirnya jumpa kat satu kawasan lain. RM10 terbang untuk 4 keping gambar. Sekali aku tengok kat cermin besar rupa aku berpakaian pejabat. Aku terfikir, wah, kacak juga aku ni ye. Kemudian aku istighfar. Kerana pakaian yang paling kacak adalah pakaian nabi, bukan pakaian orang pejabat.

Akhirnya aku masuk interview. Sorang je pegawai yang interview. Dia cakap english, aku pun jawab english. Bila dia cakap melayu, aku pun jawab melayu. Dia kata dalam 2 minggu diorang akan bagi jawapan. Kemudian aku keluar dan balik rumah. Tido... Lepas asar aku bukak komputer aku seperti biasa. Check email. Rupanya dah dapat jawapan dari bank tersebut. Alhamdulillah aku tak dapat kerja tu. Syukur pada Allah...

1 comment:

  1. 5렄한 놀이터 넷마블 - Casinofib 다파벳 다파벳 sbobet ทางเข้า sbobet ทางเข้า 3729bet.com - Online Sports Betting - vntopbet

    ReplyDelete