Wednesday, November 2, 2011

Cara Syiah mempengaruhi Umat Islam - Bahagian 1.

Orang-orang Syiah dah mula cuba masuk ke negara kita sekian lama. Masa aku belajar dulu pun aku dapat tahu yang seorang pensyarah Pengajian Islam di universiti aku orang Syiah.

Kadangkala aku agak hairan macam manalah orang-orang Islam boleh terpengaruh dengan Syiah. Sedangkan mereka dengan terang-terangan mengkafirkan para sahabat nabi. Kemudian semenjak dua menjak ni, ada pulak seorang ustaz Syiah dok mengajar di tempat aku. Maka sedikit sebanyak aku dapat kenal cara bagaimana mereka ni menawan hati umat Islam.

By the way, ustaz Syiah di tempat aku ni memang ramai orang tahu dia Syiah, cuma pengerusi masjid aku ni bacul sikit, tak mau halang dia bagi kuliah. Sebab ada seorang dua daripada pengurusan masjid tu pengikut ustaz Syiah ni. Kononnya si pengerusi ni tak mahu kecilkan hati orang bahawan dia lah. Hampeh tul! Aku harap sangat pejabat agama tangkap ustaz ni!

Pertama, mereka akan gunakan pendekatan mencintai Ahlul Bait. Bahkan mereka sendiri tidak akan mengaku bahawa mereka beragama Syiah. Bahkan mereka mengatakan bahawa mereka bermazhab Ahlul Bait. Tak wujud pun mazhab Ahlul Bait ni di dunia ni. Orang-orang jahil je yang percaya cakap diorang bahawa mazhab ni wujud.

Bila mereka gunakan pendekatan ni, semua orang Islam akan terima sebab sememangnya semua orang Islam wajib mengasihi para Ahlul Bait.

Yang peliknya, orang Islam tak sedar bahawa mereka ni, hanya memasukkan Ahlul Bait itu orang tertentu saja seperti saidina Ali, Fatimah, Hassan dan Hussein. Isteri-isteri nabi mereka tak anggap ahlul bait. Bahkan mereka sangat suka menghina saidatina Aisyah.

Orang Islam kena sedar bahawa memang kita wajib memuliakan Ahlul Bait tetapi dalam masa yang sama kita juga memuliakan para sahabat nabi yang lain. Sedangkan orang Syiah ni bukan sahaja menghina bahkan sanggup mengkafirkan para sahabat besar seperti Abu Bakar, Umar dan Usman. Terutamanya Muawiyah dan Aisyah.

Jadi adakah orang seperti ini kita patut ikut? Adakah hanya dengan menggunakan slogan cintakan Ahlul Bait, maka kita dengan bodohnya mengikut mereka? Sedangkan mereka bersetuju dengan mengkafirkan para sahabat besar?

Untuk mendapatkan lagi sokongan umat Islam, mereka akan menggunakan pendekatan memusuhi golongan Wahabi kerana sebilangan besar umat Islam tak bersetuju dengan Wahabi.

Contohnya amalan Yasin dan Tahlil. Mereka akan berpura-pura mengutuk golongan Wahabi dan memuji-muji amalan Yasin dan Tahlil dan mengaitkannya sebagai amalan yang memuji-muji Ahlul Bait. Ini bagi menguatkan lagi hujah mereka bahawa mereka adalah pencinta Ahlul Bait.

Selain itu, mereka juga amat gemar mengemukakan hadis-hadis nabi yang ada kaitan dengan Ahlul Bait mereka. Manakala hadis yang tiada kaitan dengan Ahlul Bait mereka juga akan cuba mereka huraikan dan khususkan kepada Ahlul Bait mereka.

Mereka ini pandai, kerana mereka akan gunakan hadis daripada Bukhari supaya orang Islam berasa yakin dengan kata-kata mereka. Tetapi penerangan dan syarah mereka terhadap hadis itu, mengikut logik akal dan sesuai dengan fahaman mereka.

Mereka tidak pun menggunakan kitab Syarah Bukhari seperti Fathul Bari Ibnu Hajar ataupun Syarah Bukhari Li Allamah Aini.

Jadi, berhati-hatilah dengan mereka ini. Jangan terjebak dengan tipudaya mereka. Rujuklah kepada para alim ulama yang hak. Pelajari sejarah mereka, maka kita akan tahu betapa jijiknya golongan yang memusuhi Islam ini.

No comments:

Post a Comment