Monday, July 11, 2011

Bidang hartanah tidak membantu golongan miskin.

Seringkali kita lihat iklan-iklan di tv atau radio atau pamplet atau mana-mana tempat menulis perkataan rumah dengan harga "mampu milik". Kemudiannya apabila kita selidik harga-harganya maka kita akan dapati bahawa zaman sekarang ini, rumah mampu milik adalah berharga sekitar RM250'000.00.

Mungkin benar perkataan mampu milik itu dikhususkan untuk pekerja-pekerja kerajaan atau swasta yang mempunyai gaji mencecah RM2000 atau lebih. Apa yang pastinya, orang yang kerja sendiri secara kecil-kecilan, jangan haraplah korang akan mampu membeli rumah mampu milik.

Kalau benar pun korang mampu membeli rumah mampu milik macam ni, maka cabaran yang seterusnya untuk anda ialah bagaimana nak meyakinkan pihak bank supaya membenarkan anda membuat loan untuk memiliki rumah mampu milik anda.

Ok lah, cukup setakat itu tentang rumah mampu milik. Bagaimana pula dengan golongan miskin di negara kita ni dan di seluruh dunia? Oh, memang tak payahlah korang nak harapkan untuk membeli rumah. Korang hanya akan diberi bantuan dari segi sewa rumah-rumah kos rendah yang saiz biliknya mungkin menyamai saiz tandas rumah mampu milik pekerja-pekerja kerajaan tadi.

Kalau korang tak percaya, korang boleh pergi round tengok apartment (sebenarnya flat) yang ada di merata-rata tempat di lembah klang ni. Kalau korang ada saudara tinggal di tempat macam ni, cuba pergi masuk rumah diorang. Tengok dengan mata kepala korang sendiri saiz rumah yang dibina dan antara yang mampu dimiliki oleh golongan bekerja sendiri atau golongan miskin.

Aku sendiri sudah selalu masuk menziarahi rumah-rumah macam ni. Sekali aku pernah masuk sebuah rumah yang mana tuan rumahnya sakit dan terbaring di atas katil single. Katilnya diletakkan di ruang tamu supaya mudah anak-anaknya berkhidmat kepadanya. Dengan ruang yang kecil, setelah katil diletakkan di situ, aku kira-kira hanya lebih kurang 7 orang sahaja yang boleh duduk di ruang tamu. Kalau lebih, orang tak boleh nak jalan keluar masuk rumah sebab dah penuh! Bilik pula hanya ada dua bilik. Tandas ada satu.

Cubalah korang bayangkan macamana orang yang ada anak 7-8 atau 10 orang. Macamana dia nak buat. Sebab tu lah kalau korang nak tau mengapa budak-budak flat selalu merayau-rayau di luar, main dengan budak-budak lain dan akhirnya bercampur dengan golongan yang tak boleh dipercayai yang akhirnya terjebak dengan budaya ponteng sekolah, dadah, rempit dan sebagainya.

Kemudian, bukan semua orang tinggal di situ pemilik rumah. Banyak yang menyewa. Siapa pemiliknya? Tokey-tokey hartanah lah pemiliknya. Orang-orang kaya ni, beli rumah banyak-banyak bukan sebab nak duduk. Tapi sebab nak kaut untung. Bila sorang dah beli mana-mana rumah, terus harga rumah naik. Maka jangan haraplah orang kurang berkemampuan nak beli rumah harga asal. Mesti dah naik punya.

Sebab tu lah aku rasa pihak kerajaan perlu buat undang-undang supaya setiap orang hanya ada satu rumah sahaja atas nama dia. Supaya harga rumah tak naik mendadak macam roket dan menyusahkan rakyat-rakyat yang lain. Of course lah tokey-tokey akan marah bila undang-undang ini ada...

No comments:

Post a Comment