Saturday, July 23, 2011

Jangan beri ruang pada ajaran sesat semata-mata sebab nak sokongan.

Ajaran sesat ada di mana-mana. Bukan sahaja di Malaysia. Di negara-negara asing pun banyak ajaran sesat. Selalunya ajaran sesat diwujudkan kerana ada kepentingan tertentu. Dan ajaran sesat akan berkembang kerana pengikut-pengikutnya sama ada diberikan sogokan dan kebanyaknnya ikut kerana jahil.

Demikianlah di Malaysia. Banyak ajaran sesat yang berkembang. Walaupun banyak yang dah difatwakan sesat tetapi masih ada juga yang dengan terbukanya menonjolkan diri tanpa segan silu. Mengapa perkara ini boleh terjadi? Jawabnya senang sahaja, kerana ada orang yang memberi laluan kepada mereka.

Adakah orang yang memberi laluan itu juga pengikut? Tidak semestinya! Ada juga orang-orang yang bukan pengikut tetapi masih memberi laluan. Sebab apa orang itu bagi laluan? Kerana dia mahukan sokongan daripada pengikut-pengikut ajaran sesat ini.

Sebab itulah kita hairan mengapa wahabi, syiah, hizbut tahrir dan lain-lain masih berkembang di Malaysia. Sebab mereka ini tahu cara-cara nak dapatkan ruang dan peluang. Paling mudah caranya ialah dengan menggunakan tiket negara islam atau perjuangan islam atau menolak kerajaan zalim. Tiket-tiket seperti ini sangat diminati oleh orang-orang masjid.

Apabila mereka menggunakan tiket ini, maka dengan mudah orang lain akan memberikan ruang kepada mereka. Sama ada memberi ruang kepada ustaz-ustaz mereka untuk memberikan ceramah dan kuliah ataupun memberi ruang supaya mereka dapat menampalkan iklan tentang seminar atau bengkel anjuran ajaran mereka di masjid-masjid.

Para pemimpin yang suka tiket-tiket seperti ini juga akan mempertahankan mereka dengan sedaya mungkin supaya pada masa pilihanraya nanti, mereka akan dapat sokongan yang lebih. Sebab itulah ajaran-ajaran sesat seperti ini mampu berkembang.

Orang awam kebanyakannya jahil. Mereka tidak mengetahui apa yang betul apa yang salah. Bagi mereka apa yang ada di masjid, mesti lah betul. Kerana itulah apabila mereka melihat di masjid ada iklan-iklan seminar atau bengkel anjuran mana-mana ajaran sesat, mereka mengganggapnya betul dan tiada masalah. Sedangkan itu adalah sesat.

Kerana itulah semua pihak, terutamanya pihak yang menguruskan masjid perlu berhati-hati. Jangan diperbodohkan oleh ajaran-ajaran ini dalam menguruskan masjid kamu. Perhatikan juga orang-orang yang dilantik sebagai orang yang menguruskan masjid kamu. Mereka ini akan cuba sedaya mungkin untuk menyelinap masuk ke dalam pihak pentadbir masjid, supaya mudah bagi mereka menyebarkan ajaran mereka.

Mereka akan berpura-pura menjadi orang yang menyokong perjuangan kamu. Tetapi itu semua hanyalah dibuat untuk mengambil hati kamu. Supaya kelak apabila mereka ada permintaan, mudahlah mereka dapatkannya daripada kamu.

Kamu pula kadangkala risau jika kamu menolak mereka, kamu akan hilang sokongan. Jangan bimbang, kalau kamu di pihak yang benar, kamu pasti akan berjaya. Jangan kamu harap sokongan daripada orang yang sesat akan membawa kejayaan kepada kamu. Sedangkan dalam masa yang sama, kamu telah membantu dalam merosakkan agama kamu.

No comments:

Post a Comment