Friday, January 30, 2015

Malaysia Best Blog 2015

Di Malaysia ini sebenarnya banyak blog-blog yang best. Kerana itu penting untuk kita mengetahui bagaimanakah untuk kita menilai sesuatu blog itu sebagai Malaysia Best Blog 2015. Berikut disenaraikan beberapa kriteria yang menjadi sebab kejayaan sesebuah blog.

Rupa bentuk atau design sesebuah blog adalah kriteria utama bagi aku. Ini adalah kerana semua orang suka kepada sesuatu yang cantik. Ataupun mungkin perkataan yang paling sesuai digunakan adalah "kemas".

Kemas dan cantik di sini bukanlah bermakna blog itu mempunyai banyak hiasan lip-lap lip-lap atau berwarna warni sampai menyakitkan mata. Bukan juga blog yang mempunyai terlalu banyak gambar atau grafik di sana sini sehingga menyempitkan ruang membaca.

Kemas dan cantik bermakna blog tersebut mempunyai susunan layout yang teratur, pemilihan kombinasi warna yang sesuai, jenis warna yang sesuai serta mesra pengguna.

Akan tetapi perlu berhati-hati kerana kemungkinan pemilihan warna yang tidak sesuai akan menyebabkan pelawat tidak suka membaca blog tersebut. Contohnya pemilihan warna yang terlalu banyak kontra atau terlalu terang sehingga menyakitkan mata.

Demikian juga pemilihan warna latarbelakang perlulah disesuaikan dengan pemilihan warna tulisan.

Selain itu grafik-grafik yang terlalu banyak juga boleh menyebabkan sesebuah blog itu mempunyai loading yang sangat berat. Maka jika pelawat memerlukan masa yang panjang untuk meneruskan bacaan mereka, berkemungkinan mereka akan meninggalkan blog anda.

Setelah anda menyelesaikan pemilihan warna, anda juga perlu mengetahui susunan layout yang sesuai untuk sesebuah blog. Kebiasaannya sesebuah blog yang baik mempunyai ruang bacaan yang secukupnya dan tidak terlalu sempit. Ini lah antara ciri-ciri Malaysia Best Blog 2015!

Jika memerlukan sidebar bolehlah diletakkan di sebelah kanan. Ini adalah kerana kebiasaan mata kita akan membaca tulisan rumi bermula pada arah kiri. Maka meletakkan isi kandungan di sebelah kiri adalah memudahkan mata si pelawat.

Adalah penting untuk mengelakkan daripada mempunyai Header yang begitu besar. Ini adalah kerana adalah baik jika kandungan blog anda dapat dibaca oleh pelawat tanpa perlu dia scroll down mouse nya. Ini di namakan sebagai "Above the fold".

Setelah itu, tibalah masanya untuk mengoptimumkan bahagian isi kandungan. Sebenarnya hakikat penulisan blog ialah penulisan itu sendiri. Jika isi kandungan sesebuah blog itu bagus maka blog itu akan menjadi bagus.

Kelemahan dari segi design hanya akan mengurangkan potensi mendapat pembaca baru. Akan tetapi jika mereka mendapati bahawa isi kandungannya bagus, maka tidak mustahil mereka akan tetap datang membaca walaupun design blog itu buruk.

Kerana itu aku merasakan bahawa pemilihan Malaysia Best Blog 2015 ini sangat subjektif dan amat susah untuk dibuat penilaian. Namun tiada sesiapa yang menafikan bahawa semua orang mempunyai senarai blog kegemaran mereka masing-masing.

Penulisan blog semakin diminati ramai orang. Oleh kerana terdapat terlalu banyak platform yang boleh digunakan untuk menulis blog secara percuma maka semakin ramai orang melakukannya. Anda hanya perlu membuka akaun dengan penyedia servis tersebut dan mula menulis.

Sekarang ramai juga yang membuat blog dengan memuatkan berita-berita sebagai isi kandungan blog. Banyak juga yang gemar copy dan paste berita yang mereka temui di dalam internet. Ini adalah salah satu cara untuk memperbanyakkan content walaupun itu bukanlah cara yang baik.

Ini adalah kerana Google tidak suka dengan content yang berulang-ulang. Sebaliknya Google amat menyukai isi kandungan yang segar dan bukannya ciplak hasil tulisan orang lain. Oleh kerana itu perlulah kita berhati-hati dan jangan mencuri hasil tulisan orang lain ke dalam blog kita.

Ksimpulannya mencari Malaysia Best Blog 2015 adalah usaha yang sangat sukar. Dalam masa yang sama sebagai seorang blogger perlulah kita menitikberatkan kriteria-kriteria di atas ke dalam blog kita.