Tuesday, July 15, 2014

Buffet Ramadhan Casa Ombak

Pernahkah anda mendengar tentang Buffet Ramadhan Casa Ombak? Jika anda pernah mendengarnya saya pasti apa yang anda dengar sudah tentu komen-komen yang memuaskan tentang buffet ini sepanjang bulan Ramadhan yang mulia.

Mengapa tidak? Buffet Ramadhan ini adalah antara buffet yang paling best yang pernah saya temui. Dari segi lokasi, fasiliti, menu makanan, kemudahan, harga, kesemuanya amat memuaskan hati

Buffet Ramadhan Casa Ombak adalah promosi yang disediakan oleh pihak Ombak Creative pada setiap bulan Ramadhan. Ini bertujuan untuk memberi peluang kepada umat Islam yang sedang menunaikan ibadat puasa agar dapat menikmati pengalaman berbuka puasa dengan tenang, aman dan damai.

Apa tidaknya, pengelola Buffet Ramadhan Casa Ombak mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang ini. Ombak Creative mempunyai pengalaman lebih daripada 10 tahun di dalam bidang pengurusan acara. Ini sudah pasti menyebabkan mereka amat memahami citarasa masyarakat Malaysia.

Lokasi Buffet Ramadhan ini amat strategik. Terletak di tengah pusat bandaraya Kuala Lumpur, Casa Ombak Banglo dihiasi dengan suasana dalam taman yang amat tenang dan damai. Ia bukan sahaja menjadi tumpuan orang ramai dari tempat berdekatan, bahkan ia juga menjadi tumpuan masyarakat luar Kuala Lumpur.

Dengan suasana yang begitu tenang dan damai, ditambah pula dengan susunan meja makan di kawasan terbuka dan lapang, menyebabkan pengalaman anda berbuka puasa akan menjadi salah satu pengalaman manis di dalam hidup anda. Lihatlah beberapa contoh gambar di bawah.






Bagaimana pula dengan menu makanan? Jangan bimbang. Buffet Ramadhan Casa Ombak menyediakan pelbagai masakan Pantai Timur dan juga masakan daripada negeri-negeri selatan dan utara juga. Tidak cukup dengan itu sahaja, banyak juga stall yang menyediakan masakan-masakan panas berasap untuk anda.

Jika anda terfikir tentang solat fardhu, Casa Ombak juga menyediakan surau yang selesa untuk anda menunaikan solat fardhu maghrib di sana. Jadi kesimpulannya anda tidak perlu risau tentang apa-apa jika anda berbuka puasa di sini.

Tidak syak lagi bahawa promosi berbuka puasa di sini amatlah berbaloi untuk anda sekeluarga dan rakan taulan serta sahabat handai. Anda juga boleh jadikan ini sebagai program berbuka puasa anda bersama rakan sepejabat dan sebagainya. Apa tunggu lagi?


No comments:

Post a Comment