Wednesday, November 30, 2011

Mudah.my sangat susah digunakan dan bahaya

Tentu rakyat Malaysia sudah biasa mendengar perkataan Mudah. Apabila ada benda hendak dibeli atau dijual maka Mudah.my lah menjadi tempatnya.

Saya juga menggunakan Mudah beberapa kali dalam proses membeli dan menjual. Namun demikian sudah banyak kali juga saya mengalami kesulitan apabila hendak menjual barang di Mudah.

Nampaknya mudah bukanlah mudah seperti namanya. Mereka mempunyai peraturan yang sangat susah untuk difahami. Memang sesiapa pun boleh menghantar iklan secara percuma namun setiap iklan itu diperiksa oleh staf Mudah. Inilah masalahnya.

Apabila mereka merasakan iklan itu tidak sesuai maka mereka akan menolak iklan itu dan meminta bermacam-macam benda. Sebagai contoh, saya hanya ingin menjual komputer lama saya tetapi mereka meminta salinan kad pengenalan dihantar kepada mereka. Seperti mesej mereka di bawah ini :-

Thank you for placing your ad with us, we would like to verify your contact
details. Please write to us at abuse@mudah.my with the following: - House
telephone number - Office telephone number - mobile contact number - a scanned
copy of your NRIC. If you do not have a scanner, kindly take a photo shot of
your NRIC and send to us. Kindly note that such verification is only conducted
once on each advertiser. We will consider your ads once we have completed the
verification process. Please also note that the verification will be done
within three (3) working days. Thank you for your patience. For security
reasons, please mark the NRIC with FOR MUDAH USE ONLY. We will consider your
ads once we have completed the verification process. Hope to hear from you
soon.
----------------------------------------------------------------------Terima
kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Bagi tujuan keselamatan,kami
melakukan pengesahan secara rawak di atas iklan anda.  Oleh itu, kami berharap
agar pihak anda dapat memberikan kerjasama dengan  menyertakan: salinan kad
pengenalan beserta nombor telefon yang lengkap (nombor telefon rumah atau
pejabat). Pengesahan ini akan dilakukan pada bila-bila masa dalam tiga (3)
hari bekerja. Pengesahan ini hanya dilakukan sekali sahaja bagi setiap
pengiklan. Bagi tujuan keselamatan, sila tandakan FOR MUDAH USE ONLY pada
salinan kad pengenalan anda.

Mudah juga sering disalahgunakan. Ramai orang menipu orang lain menggunakan mudah. Mana tidaknya, setiap barang yang handak dibeli pasti akan dibayar dahulu. Sama ada barang itu dihantar oleh penjual ataupun tidak belum tentu lagi.

Mudah sebenarnya tidak selamat untuk digunakan. Sebagai pembeli, anda menanggung risiko yang sangat tinggi kerana kemungkinan barang anda tidak dihantar.

Sebagai penjual pula anda akan menjadi susah untuk meletakkan iklan ke dalam mudah kerana macam-macam permintaan mereka kepada anda. Walaupun anda hanya ingin menjual komputer lama anda.



Wednesday, November 2, 2011

Cara Syiah mempengaruhi Umat Islam - Bahagian 1.

Orang-orang Syiah dah mula cuba masuk ke negara kita sekian lama. Masa aku belajar dulu pun aku dapat tahu yang seorang pensyarah Pengajian Islam di universiti aku orang Syiah.

Kadangkala aku agak hairan macam manalah orang-orang Islam boleh terpengaruh dengan Syiah. Sedangkan mereka dengan terang-terangan mengkafirkan para sahabat nabi. Kemudian semenjak dua menjak ni, ada pulak seorang ustaz Syiah dok mengajar di tempat aku. Maka sedikit sebanyak aku dapat kenal cara bagaimana mereka ni menawan hati umat Islam.

By the way, ustaz Syiah di tempat aku ni memang ramai orang tahu dia Syiah, cuma pengerusi masjid aku ni bacul sikit, tak mau halang dia bagi kuliah. Sebab ada seorang dua daripada pengurusan masjid tu pengikut ustaz Syiah ni. Kononnya si pengerusi ni tak mahu kecilkan hati orang bahawan dia lah. Hampeh tul! Aku harap sangat pejabat agama tangkap ustaz ni!

Pertama, mereka akan gunakan pendekatan mencintai Ahlul Bait. Bahkan mereka sendiri tidak akan mengaku bahawa mereka beragama Syiah. Bahkan mereka mengatakan bahawa mereka bermazhab Ahlul Bait. Tak wujud pun mazhab Ahlul Bait ni di dunia ni. Orang-orang jahil je yang percaya cakap diorang bahawa mazhab ni wujud.

Bila mereka gunakan pendekatan ni, semua orang Islam akan terima sebab sememangnya semua orang Islam wajib mengasihi para Ahlul Bait.

Yang peliknya, orang Islam tak sedar bahawa mereka ni, hanya memasukkan Ahlul Bait itu orang tertentu saja seperti saidina Ali, Fatimah, Hassan dan Hussein. Isteri-isteri nabi mereka tak anggap ahlul bait. Bahkan mereka sangat suka menghina saidatina Aisyah.

Orang Islam kena sedar bahawa memang kita wajib memuliakan Ahlul Bait tetapi dalam masa yang sama kita juga memuliakan para sahabat nabi yang lain. Sedangkan orang Syiah ni bukan sahaja menghina bahkan sanggup mengkafirkan para sahabat besar seperti Abu Bakar, Umar dan Usman. Terutamanya Muawiyah dan Aisyah.

Jadi adakah orang seperti ini kita patut ikut? Adakah hanya dengan menggunakan slogan cintakan Ahlul Bait, maka kita dengan bodohnya mengikut mereka? Sedangkan mereka bersetuju dengan mengkafirkan para sahabat besar?

Untuk mendapatkan lagi sokongan umat Islam, mereka akan menggunakan pendekatan memusuhi golongan Wahabi kerana sebilangan besar umat Islam tak bersetuju dengan Wahabi.

Contohnya amalan Yasin dan Tahlil. Mereka akan berpura-pura mengutuk golongan Wahabi dan memuji-muji amalan Yasin dan Tahlil dan mengaitkannya sebagai amalan yang memuji-muji Ahlul Bait. Ini bagi menguatkan lagi hujah mereka bahawa mereka adalah pencinta Ahlul Bait.

Selain itu, mereka juga amat gemar mengemukakan hadis-hadis nabi yang ada kaitan dengan Ahlul Bait mereka. Manakala hadis yang tiada kaitan dengan Ahlul Bait mereka juga akan cuba mereka huraikan dan khususkan kepada Ahlul Bait mereka.

Mereka ini pandai, kerana mereka akan gunakan hadis daripada Bukhari supaya orang Islam berasa yakin dengan kata-kata mereka. Tetapi penerangan dan syarah mereka terhadap hadis itu, mengikut logik akal dan sesuai dengan fahaman mereka.

Mereka tidak pun menggunakan kitab Syarah Bukhari seperti Fathul Bari Ibnu Hajar ataupun Syarah Bukhari Li Allamah Aini.

Jadi, berhati-hatilah dengan mereka ini. Jangan terjebak dengan tipudaya mereka. Rujuklah kepada para alim ulama yang hak. Pelajari sejarah mereka, maka kita akan tahu betapa jijiknya golongan yang memusuhi Islam ini.

Tuesday, November 1, 2011

Murahnya harga makanan di kedai melayu

Aku selalu beli nasi di satu kedai mamak di rumah aku ni kalau waktu malam. Sebab biasanya waktu malam Medan Selera yang jual nasi berlauk dah tutup.

Kalau kat medan selera tu semua orang melayu punya. Aku pulak jarang beli nasi waktu siang. Biasanya malam je.

Selalunya aku ambil nasi, satu lauk dan kuah je. Sayur memang aku tak ambil. Kebiasaannya macam tu je makanan aku setiap kali beli di kedai mamak.

Selalunya aku akan dapat harga RM4.50 sebab biasanya nasi dikira RM1.00 dan lauk dikira RM3.50. Kadangkala mamak caj aku RM5.00. Aku pun tak tau apa sebabnya. Mungkin dia nampak aku ambil banyak jenis kuah kot.

Sekali tu aku nak beli nasi seperti biasa. Aku ambil ikan seekor dan tuang beberapa jenis kuah. Lepas tu mamak tanya, sayur tak mau ka? Aku jawab tak mau.

Tiba-tiba dia caj aku RM6.00. So, aku tanya lah berapa harga ikan. Dia kata ikan dah naik harga. Kalau ikan lain RM4.00 tapi aku ambil ikan bawal harga RM4.50. Lepas tu nasi RM1.50.

Lepas daripada kali tu, aku dah taubat tak nak beli nasi di kedai mamak lagi.

Lepas tu baru aku terpikir sebab apa lah aku suka sangat beli di kedai mamak. Bukan ka mahal harganya? Aku pun try ingat balik harga nasi yang aku beli di kedai melayu. Memang murah.

Pernah aku dapat harga RM3.50 bila aku ambil nasi, daging selungguk dan kuah. Tapi biasanya harga yang aku dapat RM4.00.

Lepas aku serik beli di kedai mamak, aku mula biasakan diri beli di medan selera time siang. So, malamnya aku makan roti je lah. Bila aku selalu beli di kedai melayu ni barulah aku tahu betapa murahnya beli makanan di kedai melayu.

So aku pun mulalah menambah-nambah lauk aku masa beli nasi. Aku akan ambil nasi, lauk satu, sayur selungguk dan tempe 2 keping. Harganya hanya RM5.00. Memang berbaloi-baloi.

Aku bukanlah nak kempen beli makanan di luar. Aku beli makanan luar sebab aku bujang lagi. Bagi yang mampu, sangatlah elok kalau dapat makan makanan yang dimasak dirumah saja.

Kalaupun terpaksa, belilah di kedai orang melayu islam kita dan bungkus dan makan di rumah. Sokonglah sikit orang melayu islam kita nih. Bukannya apa, kalau kedai mamak tu, belum pasti diorang tu Islam. Nampak je ada frame kalimah itu dan ini. Entah-entah bossnya hindu.