Saturday, July 23, 2011

Jangan beri ruang pada ajaran sesat semata-mata sebab nak sokongan.

Ajaran sesat ada di mana-mana. Bukan sahaja di Malaysia. Di negara-negara asing pun banyak ajaran sesat. Selalunya ajaran sesat diwujudkan kerana ada kepentingan tertentu. Dan ajaran sesat akan berkembang kerana pengikut-pengikutnya sama ada diberikan sogokan dan kebanyaknnya ikut kerana jahil.

Demikianlah di Malaysia. Banyak ajaran sesat yang berkembang. Walaupun banyak yang dah difatwakan sesat tetapi masih ada juga yang dengan terbukanya menonjolkan diri tanpa segan silu. Mengapa perkara ini boleh terjadi? Jawabnya senang sahaja, kerana ada orang yang memberi laluan kepada mereka.

Adakah orang yang memberi laluan itu juga pengikut? Tidak semestinya! Ada juga orang-orang yang bukan pengikut tetapi masih memberi laluan. Sebab apa orang itu bagi laluan? Kerana dia mahukan sokongan daripada pengikut-pengikut ajaran sesat ini.

Sebab itulah kita hairan mengapa wahabi, syiah, hizbut tahrir dan lain-lain masih berkembang di Malaysia. Sebab mereka ini tahu cara-cara nak dapatkan ruang dan peluang. Paling mudah caranya ialah dengan menggunakan tiket negara islam atau perjuangan islam atau menolak kerajaan zalim. Tiket-tiket seperti ini sangat diminati oleh orang-orang masjid.

Apabila mereka menggunakan tiket ini, maka dengan mudah orang lain akan memberikan ruang kepada mereka. Sama ada memberi ruang kepada ustaz-ustaz mereka untuk memberikan ceramah dan kuliah ataupun memberi ruang supaya mereka dapat menampalkan iklan tentang seminar atau bengkel anjuran ajaran mereka di masjid-masjid.

Para pemimpin yang suka tiket-tiket seperti ini juga akan mempertahankan mereka dengan sedaya mungkin supaya pada masa pilihanraya nanti, mereka akan dapat sokongan yang lebih. Sebab itulah ajaran-ajaran sesat seperti ini mampu berkembang.

Orang awam kebanyakannya jahil. Mereka tidak mengetahui apa yang betul apa yang salah. Bagi mereka apa yang ada di masjid, mesti lah betul. Kerana itulah apabila mereka melihat di masjid ada iklan-iklan seminar atau bengkel anjuran mana-mana ajaran sesat, mereka mengganggapnya betul dan tiada masalah. Sedangkan itu adalah sesat.

Kerana itulah semua pihak, terutamanya pihak yang menguruskan masjid perlu berhati-hati. Jangan diperbodohkan oleh ajaran-ajaran ini dalam menguruskan masjid kamu. Perhatikan juga orang-orang yang dilantik sebagai orang yang menguruskan masjid kamu. Mereka ini akan cuba sedaya mungkin untuk menyelinap masuk ke dalam pihak pentadbir masjid, supaya mudah bagi mereka menyebarkan ajaran mereka.

Mereka akan berpura-pura menjadi orang yang menyokong perjuangan kamu. Tetapi itu semua hanyalah dibuat untuk mengambil hati kamu. Supaya kelak apabila mereka ada permintaan, mudahlah mereka dapatkannya daripada kamu.

Kamu pula kadangkala risau jika kamu menolak mereka, kamu akan hilang sokongan. Jangan bimbang, kalau kamu di pihak yang benar, kamu pasti akan berjaya. Jangan kamu harap sokongan daripada orang yang sesat akan membawa kejayaan kepada kamu. Sedangkan dalam masa yang sama, kamu telah membantu dalam merosakkan agama kamu.

Tuesday, July 19, 2011

Kuil Hindu dibina di mana-mana secara berleluasa.

Semua orang tahu tentang kuil hindu. Cara mereka membuat kuil adalah dengan meletakkan bangsal kecil di suatu tempat yang mereka ingini. Kemudian diikuti dengan sedikit patung kecil untuk sembahan pada peringkat awal. Alasan yang mereka gunakan terhadap pemilihan tempat itu ialah, semalam sami bermimpi ada dewa turun di situ. Jadi tempat itu perlu dibina kuil.

Biasanya orang ramai tak ambil endah tentang perkara ini. Mungkin kerana tanah tersebut bukan milik diorang atau pun kerana terlalu terbuka terhadap kepelbagaian agama dan bangsa di negara kita. Ada juga yang menganggap bahawa kuil itu telah pun berada di situ sejak dahulu, kerana kurang prihatin.

Akhirnya lama-kelamaan, lantai daripada simen akan dibuat. Patung mungkin akan menjadi lebih besar, dan ada bilik kecil. Mungkin tempat tinggal sami kot. Dulu memang aku terfikir, dari mana datangnya sami-sami ni? Mungkin mereka ni asalnya apprentice kepada sami-sami senior yang dah mencapai tahap boleh memimpin kuil kot, sebab tu lah dari masa ke semasa bilangan kuil akan bertambah sebab dah ramai yang graduate...

Bila dah ramai orang datang berkunjung maka mungkin pada masa inilah mereka berusaha mendapatkan permit dan sebagainya. Kemudian akan kelihatanlah kain-kain kanvas yang menutup binaan-binaan tinggi iaitu kuil baru yang besar dan gah yang akan siap tak lama lagi.

Dengan cara ini, kuil-kuil hindu memenuhi bumi Malaysia di mana-mana sahaja. Pihak masyarakat tidak prihatin bahkan ramai juga yang tak berani nak mengambil tindakan dari awal. Ada yang takut disampuk jin dan hantu hindu dan sebagainya. Pihak berkuasa pula tak mahu menolak permintaan untuk permit atas alasan ramai pengunjung kuil dan mungkin juga kerana alasan kepelbagaian agama dan bangsa di Malaysia. Ada juga yang tak mahu bertindak sebab takut hilang sokongan.

Ternyata bahawa kuil-kuil hindu ini banyak menggunakan tanah yang sepatutnya boleh digunakan untuk memberikan kemudahan kepada rakyat yang lebih banyak manfaatnya. Kawasan yang mereka gunakan bukanlah kecil. Kalau nak dikira average luas kawasan binaan kuil ni mungkin cukup untuk buat satu kawasan flat atau apartment kos rendah untuk rakyat. Atau stesen teksi atau perpustakaan atau tempat parking kereta!

Aku bukanlah anti hindu atau anti kerajaan. Aku cuma terfikir kalau-kalau benda ini dibiarkan berleluasa maka habislah tanah-tanah rizab bahkan mungkin juga tanah hak milik orang akan dibuat kuil diatasnya. Aku rasa sudah cukup kuil di Malaysia ni. Hentikan pembinaan kuil di Malaysia sekarang. Something must be done!

Monday, July 11, 2011

Bidang hartanah tidak membantu golongan miskin.

Seringkali kita lihat iklan-iklan di tv atau radio atau pamplet atau mana-mana tempat menulis perkataan rumah dengan harga "mampu milik". Kemudiannya apabila kita selidik harga-harganya maka kita akan dapati bahawa zaman sekarang ini, rumah mampu milik adalah berharga sekitar RM250'000.00.

Mungkin benar perkataan mampu milik itu dikhususkan untuk pekerja-pekerja kerajaan atau swasta yang mempunyai gaji mencecah RM2000 atau lebih. Apa yang pastinya, orang yang kerja sendiri secara kecil-kecilan, jangan haraplah korang akan mampu membeli rumah mampu milik.

Kalau benar pun korang mampu membeli rumah mampu milik macam ni, maka cabaran yang seterusnya untuk anda ialah bagaimana nak meyakinkan pihak bank supaya membenarkan anda membuat loan untuk memiliki rumah mampu milik anda.

Ok lah, cukup setakat itu tentang rumah mampu milik. Bagaimana pula dengan golongan miskin di negara kita ni dan di seluruh dunia? Oh, memang tak payahlah korang nak harapkan untuk membeli rumah. Korang hanya akan diberi bantuan dari segi sewa rumah-rumah kos rendah yang saiz biliknya mungkin menyamai saiz tandas rumah mampu milik pekerja-pekerja kerajaan tadi.

Kalau korang tak percaya, korang boleh pergi round tengok apartment (sebenarnya flat) yang ada di merata-rata tempat di lembah klang ni. Kalau korang ada saudara tinggal di tempat macam ni, cuba pergi masuk rumah diorang. Tengok dengan mata kepala korang sendiri saiz rumah yang dibina dan antara yang mampu dimiliki oleh golongan bekerja sendiri atau golongan miskin.

Aku sendiri sudah selalu masuk menziarahi rumah-rumah macam ni. Sekali aku pernah masuk sebuah rumah yang mana tuan rumahnya sakit dan terbaring di atas katil single. Katilnya diletakkan di ruang tamu supaya mudah anak-anaknya berkhidmat kepadanya. Dengan ruang yang kecil, setelah katil diletakkan di situ, aku kira-kira hanya lebih kurang 7 orang sahaja yang boleh duduk di ruang tamu. Kalau lebih, orang tak boleh nak jalan keluar masuk rumah sebab dah penuh! Bilik pula hanya ada dua bilik. Tandas ada satu.

Cubalah korang bayangkan macamana orang yang ada anak 7-8 atau 10 orang. Macamana dia nak buat. Sebab tu lah kalau korang nak tau mengapa budak-budak flat selalu merayau-rayau di luar, main dengan budak-budak lain dan akhirnya bercampur dengan golongan yang tak boleh dipercayai yang akhirnya terjebak dengan budaya ponteng sekolah, dadah, rempit dan sebagainya.

Kemudian, bukan semua orang tinggal di situ pemilik rumah. Banyak yang menyewa. Siapa pemiliknya? Tokey-tokey hartanah lah pemiliknya. Orang-orang kaya ni, beli rumah banyak-banyak bukan sebab nak duduk. Tapi sebab nak kaut untung. Bila sorang dah beli mana-mana rumah, terus harga rumah naik. Maka jangan haraplah orang kurang berkemampuan nak beli rumah harga asal. Mesti dah naik punya.

Sebab tu lah aku rasa pihak kerajaan perlu buat undang-undang supaya setiap orang hanya ada satu rumah sahaja atas nama dia. Supaya harga rumah tak naik mendadak macam roket dan menyusahkan rakyat-rakyat yang lain. Of course lah tokey-tokey akan marah bila undang-undang ini ada...

Thursday, July 7, 2011

Temuduga jawatan Customer Service Officer

Aku dah hampir 5 tahun penuh tak bekerja dengan mana-mana tempat. Kerana aku kerja sendiri. Lagipun aku tak begitu suka kerja dengan orang.

Minggu lepas, aku membuka laman web sebuah bank untuk mencari maklumat untuk membuat pinjaman wang. Aku ternampak ada iklan jawatan kosong. Caranya pun mudah, hanya hantar resume melalui online. Aku pun sengaja try hantar resume.

2 hari lepas waktu pagi, aku dapat call daripada seorang representative bank tersebut. Dia memanggil aku untuk interview. Aku agak terkejut sebab aku hanya try saja hantar resume tu. Aku bukan minat sangat pun. Tapi kalau dapat apa salahnya.

Sepanjang hidup, aku hanya 3 kali pernah interview. Kali pertama interview sebab nak cari kerja part time untuk 2-3 bulan. Aku interview dengan kawan aku. Interview ni just dia explain pasal kerja saja. Tak ada apa-apa yang mencabar pun. Tempat interview tu satu office kecil. Ramai orang datang interview. Kami semua tak tahu apa jawatan yang ada. Kemudian kami kena bayar setiap orang RM180 untuk deposit. Akhirnya kami dapat tahu kami ditipu oleh syarikat tersebut. Oleh kerana dah ada agreement, kami merujuk kepada Tribunal Tuntutan Pengguna. Akhirnya kami berjaya dapat balik duit tersebut.

Kali kedua interview untuk dapatkan biasiswa daripada MOSTI untuk sambung belajar master di U. Ini adalah interview yang sangat mencabar bagi aku. Aku betul-betul gelabah dan tak bersedia. Semasa interview, aku turut dimarah oleh salah seorang daripada 7-8 orang yang ada di hadapan. Tapi yang peliknya aku dapat biasiswa tu. Namun demikian, aku tak jadi sambung belajar, so aku tak ambil lah biasiswa tu. Haha...

Kali ketiga interview untuk jadi pegawai yang buat bancian. Asalnya aku apply untuk jawatan supervisor. Tapi jawatan tu dah penuh. So, diorang bagi aku jawatan tukang banci. Aku pun masuk interview. Time tu pulak aku tak pakai stokin. Alhamdulillah, tak ada masalah pasal tu. Neck tie memang aku tak pakai pun daripada dulu. Aku ni bukan mat smart sangat walaupun nak interview. Akhirnya aku dapat job tu, cuma aku reject sebab tak minat.

Pagi tadi adalah kali ke-4 aku interview. Bukanlah pressure sangat. Sebab aku tak begitu harap dapat job ni. Bukannya tak mahu. Cuma aku tak kesah. Kalau dapat Alhamdulillah. Kalau tak dapat pun, Alhamdulillah. So, aku dinasihatkan oleh pakcik aku yang pernah jadi CEO bank, supaya pakai neck tie dan tak ada masalah kalau nak pakai kepiah katanya. Aku pun pinjam neck tie member. Sebenarnya aku tak ada baju kemeja. Hanya ada 1 yang kadangkala pakai pergi kedai beli barang. So aku pakai baju tu lah. Kasut hitam pun tak ada. So, aku pakai kasut sukan aku yang berwarna hitam. Cuma di tepinya ada gambar harimau berwarna putih. Aku ingat nak kiwikan je. Tapi akhirnya aku biarkan saja.

Sebelum aku pergi interview, aku terlupa aku belum ambil gambar. Aku memang tak ada gambar yang disimpan. So, aku rushing pergi kedai gambar. 3 kawasan aku pusing, semua masih tutup. Akhirnya jumpa kat satu kawasan lain. RM10 terbang untuk 4 keping gambar. Sekali aku tengok kat cermin besar rupa aku berpakaian pejabat. Aku terfikir, wah, kacak juga aku ni ye. Kemudian aku istighfar. Kerana pakaian yang paling kacak adalah pakaian nabi, bukan pakaian orang pejabat.

Akhirnya aku masuk interview. Sorang je pegawai yang interview. Dia cakap english, aku pun jawab english. Bila dia cakap melayu, aku pun jawab melayu. Dia kata dalam 2 minggu diorang akan bagi jawapan. Kemudian aku keluar dan balik rumah. Tido... Lepas asar aku bukak komputer aku seperti biasa. Check email. Rupanya dah dapat jawapan dari bank tersebut. Alhamdulillah aku tak dapat kerja tu. Syukur pada Allah...